To mini MILAnovella lovers!

Harap anda semua dapat tunggu mini MILAnovella yang seterusnya okay. mila akan cuba hasilkan yang terbaik dan mila harapkan sokongan dari anda semua.respon anda amatlah dihargai..teruskan menunggu cerita seorang gadis yang seterusnya..akhir sekali,terima kasih kerana sudi membaca blog ini,dan mila mohon maaf jika terdapat kekurangannya..harap dapat bagi mila peluang ini,walaupun mila hanya berunur 15tahun,tapi mila sangat minat dalam bidang ini dan kerana ini pertama kali mila menulis blog serta mila telah selitkan koleksi cerita cinta seorang gadis yang mila karang sendiri dan khas untuk pencinta novel!

kenali sahabat..

SYAZANA;-)kamu seorang yang manja..penyayang.tak suka buli,memahami..dan yang paling penting kamu cantik!kamu terlalu merendah diri walaupun yang sebenarnya,,kamu hebatt!

AMIERA;-)kita memang same!kalau ada benda yang kita nampak samew2,kita akan saling berpandangan,dengar masalah mila itu hobi kamu,,kamu reen,mila fateha..wadi unung tetap di hati!

RAZIQ;-)kite memang 1 head>33.haha.kite serupa.kamu putera sya!kamu manja!sepanjang sya kenal raziq,sya senang berkawan dengan raziq..dan raziq..sya nak ckap yang raziq
>>k a c a k mcm uncle kamal!huhu..dan hanya raziq yang panggil mila'sya'..

FAQEH;-)thanxx beyb!kamu selalu dengar masalah mila..tak kire pg,mlm,siang,petg..kamu selalu dibuli!haha.minta maaff yaa!tapi..kamu sebenarnya yang terhebat!!

PIKA;-)kamu memang sweet..rupa tak ubah macam fazura..sedang hangat bercinta!woww!haha..kamu yang sporting dan kite gylee shopping beyb!

AENI;-)kita memeng 1 head..kamu memang lucu!dan lagak kamu tak ubah seperti datin!kamu cantik dan kadang kala gila..haha.


sorry ea korang klu ad slh ckp ker,perbuatan tg menyakitkn hati ker,terutama miera,haha.sorry yaaa!
korang..terima kasih kerana mewarnai hidup mila;-)
just a simple word from me-ost syurga cinta.

kadangkala allah sembunyikan kita matahari,,
DIA datangkan petir dan kilat..
kita tertanya-tanya..
kemana hilangnya matahari
rupa-rupanya..ALLAH memberi kita pelangi!



RENUNGKANLAHHH..


pemain cinta(mini MILAnovella)

SAYANG,
dan yang sebenarnya kamu pemain cinta
yang hebat!

Setiap malam,aku merenung jauh di sudut jendela.Aku mengurai rapi rambut ikalku.Aku termenung melayan perasaan.Aku masih teringatkan kata-kata yang pernah dilafazkan oleh kekasih sehidup semati kononya."sayang,kalau sayang rindukan saya,sayang lihat bulan ya?dan di saat itu kita akan sama-sama melihat betapa agungnya cinta kita berdua".Apakah maksud bait kata yang pernah diucapkan dahulu itu?
adakah ianya semata-mata permainan cinta?ya..mungkin sebuah permainan cinta yang sungguh menyakitkan! Mataku sudah berkaca-kaca.Tidak mampu untuk aku menahan kedukaan yang telah lama terbuku di hati nurani ini.Aku insan biasa.Mengapa bahagia gagal ku kecapi? Masihkah ada sinar untuk cintaku? Kamu yang terindah,dan kamulah segalanya sayang! Tetapi mengapa sengsara yang kamu singgahkan padaku? Mengapa aku!Aku terlalu lemah dengan semua ini.Ya ALLAH,jika cinta ini masih terpatri untukku,mekarkanlah ia buat selama-lamanya..Dan jika bukan takdir itu untukku,lepaskanlah segala-galanya..Aku terduduk mengenang kisah silamku.Dahulu..pertemuan pertama yang menimbulkan rasa cinta dan meyakinkanku bahawa kamu adalah cintaku! Kita mula bermesra hingga menjadi teman akrab.Kemana sahaja hanya kita berdua.Pagi itu,kamu bertanyakan soal cinta.Kamu meragui kasih yang ku curahkan hanya kerana aku perawan biasa.Aku sedar..diriku tidak setaraf kamu.Tetapi jangan sekali kamu memperendahkan martabatku sebagai seorang perempuan!Aku tidak sama dengan gadis yang pernah kamu kenali sebelum ini.Aku juga mempunyai hati dan perasaan.Dan tidak seperti kamu yang hanya diselubungi ego dan kamu terlalau egois!Hanya kerana aku rapat dengan rakan karib lelaki dan kamu menganggap,aku tiada harga diri?ahh.kamu silap sayangku! Hatiku pedih menerima kenyataan itu darimu.Tidakkah kamu sedar wahai kekasih?Aku dulunya cinta kamu!Mengapa kini kamu persendakan cintaku?Kamu buta hati..kamu tidak melihat kasih sebenar yang kamu cari!Keegoaanmu yang menguasai segala-galanya.Begitu tipis kepercayaanmu terhadap diriku.Andai masa bisa diubah,tidakku akan mengenali dirimu yang hebat itu!Relaku tepis cinta yang murni ini darimu dan asal kamu tahu,nilai cintaku tidak semurah harga dirimu!Yang hanya tidak berlaku adil terhadap seorang perempuan yang pernah kamu cintai!Di saat kamu membaca diari comel ku ini,mungkin kamu telah bahagia dengan cinta baharu mu.Tetapi mengertilah sayangku,tidak ada sesiapa di hati ini lagi selain kamu!Maaf sayang..tiada lagi ruang kemaafan yang tegar untukku berikan untukmu lagi.Sekali kamu menyakitiku..ia beerti selamanya!Cinta untukku hanya air mata.Kasih untukku hanya ungkapan dan sayang untukku hanya sandiwara!Terima kasih sayang!Andai ini takdir cinta yang tertulis untukku,andai ini suratan illahi..aku terima dan aku pasti ada hikmah di sebalik keperitan ini.Dan semoga dengan kenangan duka ini,kamu akan lebih menghargai cinta.Sayang,dan yang sebenarnya kamu PEMAIN CINTA yang hebat!Doaku agar kamu bahagia sentiasa dengannya dan terima kasih,kerana kamu insan pertama yang menguji cintaku!Aku kembali dalam lamunanku dan rupa-rupanya aku masih di kamar beradu ku.Ahh..jauh sungguh fikiranku melayang.Isi hati yang membuak-buak entah apa.Kini,tiada lagi bulan untukku.Cahaya malam yang akan lebih menghiris hati.Pada detik ini,aku percaya bahagia akan menyinar!Namun aku masih seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan kebesaran_NYA!



-coretan duka mila-

(cerita cinta seorang gadis)

Impianku..

Seperti gadis yang lain,aku juga mempunyai impian.,bicara soal
impian,aku mula tertanya-tanya..dimakah terletaknya realiti
dalam impian itu?namun sehingga kini aku masih buntu
dengan jawapan itu..impianku..sesuai dengan topik ini..
aku berhasrat agar dapat menerbitkan sebulah novel hasil karya
diriku sendiri..di dalam novel itu nanti..aku ingin karangkan
sejuta kebahagiaan sejarah cinta hidupku dan sejuta kedukaan
bagi pahit yang telah aku lalui sepanjang bergelar insan..
aku ingin menyinar dalam bidang ini..namun realiti tidak semudah itu..
tapi aku yakin,aku mampu lakukannya!aku juga amat cintakan kesenian
dalam bahasa..bahasa cinta yang sungguh agung!aku gemar mengolah
maksud cinta yang tersirat..meskipun aku hanya seorang remaja
belasan tahun..tetapi aku yakin dengan setiap detik maksud yang
ku uraikan..aku juga ingin menjadi seorang peguam yang berkalibel..
aku berjanji dengan diriku..aku ingin menegakkan keadilan dan aku
ingin membela nasib mereka yang kurang bernasib baik..
dan mungkin juga seorang pramugari?
ahh..impian hanya impian..yang pasti aku akan terus mengejar
impian itu!

CINTA..

Dunia yang indah kadangkala penuh dengan sengsara..
kita tertanya-tanya,,kemana hilangnya kebahagiaan itu..
rupa-rupanya ia terselit di lubuk hati tempat bergelar CINTA.
namun kita mungkin tidak mengerti..apa itu cinta..
fikiran yang mungkin menerima cinta..
tetapi mungkin tidak hati..
hati hanya dapat diisi dengan secebis nilai yg amat berharga..
yang dipanggil CINTA SEJATI..
tetapi akankah kita dapat mengecapi impian itu?
bagiku cinta itu hipokrit!
pada waktu bersama ia juga bersama..
tapi tatkala berpisah..ia mula menjauhi..
tidakkah seharusnya CINTA yang SEJATI akan terus
berada dalam hati walaupun kita berjauhan??
hah.diriku sukar mempercayai cinta..
kerana ianya hanya menyakitkan namun tidak dinafikan..
cinta akan membahgaiakn kita suatu hri nanti..
walau dalam samar hati menerima..
diriku masih mencari..apa itu erti cinta yang sebenar..
.dan kerana cinta..
aku adalah aku..

teman sepermainan..

:-)syazana.amiera.ikmal.raziq.faqeh.izzah.syiera.aween.eyhan.
adam.amir.amar.mokhsein.as.ani.syahir.pika.aeny.zaty.

teman-temanku..
terima kasih kerana sudi menjadi teman sepermainanku
tatkala diriku suka atau duka..kalian yang terhebat.
kalian memori terindah di dalam hidupku.
hidupku sepi tanpa kalian.kalian akan sentiasa
berada di dalam hati ini walau di mana diriku
berada..dan hingga nafas yang terakhir ku juga..
kalian masih diingatanku!
insya_ALLAH..

duniaku..

Pertama kali aku menulis blog ini..
ianya amat menyeronokkan..
sesuai dengan seseorang yang gemar
memendam perasaan tanpa ingin sesiapa
pun mengetahuinya..namun itu adalah
diriku..susah untuk sesorang individu
mengenaliku tetapi senang untuk mendampingiku..
bagiku dunia yang cukup indah
ini akan terus bersinar bersamaku
walau badai merempuh sekalipun..
aku akan cuba untuk kuat..yaa!
dengan insan bergelar SAHABAT..
mungkin hidupku akan lebih
bersinar!