berlari ?


berlari ?mampukah aku berlari mengejar jawapan yang kian tak pasti ?
aku ini seorang gadis biasa yang tidak kuat untuk berlari .namun,
kemana aku harus pergi dari semua ini ?mampukah aku berlari dengan
meninggalkan semua jawapan yang masih tak ku temui ?aku seolah tidak
mempunyai perasaan,inikah aku ?atau minda yang sekarang menguasai aku ?
walau semua berpaling padaku,semua menyalahkanku ,tapi . .satu yang kalian
tak mengerti .kamu bukan diriku ! yang sesuka hati menilai diriku,aku tidak
seteruk itu .dan kamu tidak tahu apa yang aku rasa selama ini .jika selama
ini,aku menjaga perasaanmu,kali ini..aku tidak mampu melakukan itu.
siapa pula yang ingin menjaga hatiku ?kamu ?dia ?tiada siapa ! lagi bertambah
kesedihan apabila teman baikku tidak memahamiku di saat ini.memaksa
tanpa memeriksa.menasihati tanpa merasai.kamu lain,kita berbeza.maafkan
aku kerana aku bukan aku.tiada sedikit perasaan cemburu untuk ku rasakan.
tapi mengapa sungguh bijak kalian memberikan jawapan yang aku sendiri tidak
pernah mengerti !susah untuk menjadi diri ini,bukan untuk memalsukan diri,
tetapi aku tidak tegar lagi menghadapi ini.pergilah dikau.jauh dariku .mungkin
kamu akan bahagia,tinggalkan aku .lepaskan aku.aku perlu rebut kembali
hidupku yang dahulu .dan kini aku bahagia .terima kasih kerana selama ini
menjaga dan merawat kedukaanku .aku sedih meninggalkan ini semua dengan
cara begini,tetapi aku tidak berhak untuk melawan takdir .dengan seikhlas hatiku.aku doakan kau gembira selalu dan semoga segala impianmu akan tercapai .

*adaptasi dari coretan duka seorang gadis *

2 comments:

  1. berlarilah sejauh mana pown,
    tetapi,
    jangan lupa kau tak boley lari dari hidup ini...

    ReplyDelete
  2. itu yang pasti,
    tapi .tidak ada jalan
    yang membuatkan aku berhenti
    untuk berlari *

    ReplyDelete