mini carnival and S.U.R.P.R.I.S.E party : )


susun kad nilai murni untuk panitia Moral ,and im done !!

Agenda prasath ,huu : )


SURPRISE !!!!

blow the candles : )
cut the cake : )

Semu ahli yang join : )

at the end ,kitorang lepak2 kat bilik pj then ber__happy happy kat situ .ahakkss ,kepada catering cik khairil ,Tengs .Sedap betul your chicken rice ,we love it !!!! kepada ahli2 yang terlibat ,terima kasih banyak2 sebab sudi datang ,kepada yang merancang kejutan hari jadi ini ,dalang-dalang semua : ) cikgu rozainah,hazwani,putri,tikah, and the Leader ,me ! so yeah .tengs for the co-operation sampailahh majlis kejutan nie success .heee ,Lastly .to birthday Lady ..semoga panjang umur and we love you cikgu !!!

Minggu Bahasa Melayu : )

Assalamualaikum pembuka bicara ,Ecehh .sempena minggu Bahasa Melayu yang lepas.. nak berpantun sikit ahh ,boleh tak ? hmm .Pak abu ,baca surat khabar ,apa khabar semua ? haha !macam tak menjadi je kan ? hessshhh .Satu kenangan yang sama sekali tidak dapat dilupakan ,sewaktu perasmian..Perasmian yang bertemakan Adat Perkahwinan Melayu .mila kena jadi pengantin bagi adat berinai dan bernikah,kena pakai baju nikah ,semua lahh ! malu sangat tauuu ,then ,pengalaman mengendalikan Bm.Fm .so far kami dapat sambutan yang baik jugakk ,pengalaman menjadi Yang-Di Pertua untuk pertandingan Bahas Ala Parlimen ,kami menerima sambutan yang hangat ! Banyak bakat-bakat baru yang dapat dilihat .Seterusnya,pengalaman menjadi Facy masa Jelajah Sekolahh ,sangat seronokk !!!! mila jaga checkpoint Merisik tau ,paling ingat sekali ada satu group nihh ,mila denda dorang ..suruh dorang nyanyi lagu Shahir-kebahagiaan dalam perpisahan ,versi puji Facy !! ahakkss ,tapi part yang chorus tu jewlahh ! sedap tawu takk ? haha ! cool lahh korangg ! kak mila suka lahh group korangg habis habisan ! huhu ,Akhir sekali ..hari terakhir minggu bahasa nie .nak tawu apa yang selanjutnya ? Lihat lahh gambar kat bawah nie ! huu : )
Sebelum bergerak ke tapak perhimpunan ,bersiap..
pakai make up and so on lahh !
Pelajar-pelajar Smk Pu 1 yang Gemilangg : )
tipu lahh cakap tak nervous ? haha !
Bermula dengan babak berkenalan : )
Pasangan suami isteri belah lelaki : )
Datang nak merisik lah nie !Amboi Pak Cik Seman ..
muka terharu je kan ? hehehe (=
Adat bertunang : )
Adat Berinai : ) Ekhem ! sape ? bukan mila lahh !
HAHAHAHAHAHA : )
Comelnya pengapit mila ,cik Eli Nurzawani : )
Sewaktu akad nikah ,cuba kaji muka pengantin
lelaki tu ? muka berdebar-debar kan ?Alahai ,
Pak Imam tu memang nampak Beriman : )
Haha !!
Raja Sehari : )
Ouhh ,Cikgu Ridhuan dan Esther bersanding !
so sweet ,Ahakkss . Hantaran pun bersusun !
Lepas habis Perasmian ,bergambar !
Fana,mila,wanie,pika : )
Kaum kerabat Smk Puchong Utama (1) : )
maniskan semua orang ? Hee :D
Meriahh tak meriahh ? mestilahh meletup
wedding nihh ! Heee :P
Candid sahaja : )
Makan Beradab : )
Persandingan Diraja Panitia Bm.
Smk Puchong Utama (1) .
Wahh .Nice kann ?
Sedap taw !!
Aww,makan lauk kenduri ramai-ramai ! haha #
Nie time perbincangan antara para facy sebelum Jelajah Sekolah : )
Sempat kan ? haha !
heeeeeeee :D
Mila geram betul lah dengan budak Azman nie kan ?
Dia ada agenda dia nie !!!
Asrol ? ouhohh ! dia tengah cuba membaling tepung ke
muka Fathin ,Syafa dan ?? Mila!!!
Hasil kreatif Azman dan Asrol ,macam nie lahh !
Err ,okayy .sekarang korang dapat lahh view muka
mila kena baling tepung !! ahahakkkss ,funny kann ?
Nasib baik sempat pose ! huhuuuu :L
Kerja dia memang ketawa je time nie !
Muka Fathin tengah marah sebenarnya nie ,
sebab habis satu badan kena tepung ! haha : )

Last captured .

*4 April-8 April 2011 : )

*Apa yang kami semua dapat ialah sesuatu pengalaman yang terindah dan tersangat manis untuk kami ingati ,Kepada Puan Mahani Othman ,terima kasih kerana memberi kami peluang untuk mengendalikan minggu Bahasa Melayu ini ,terima kasih juga kerana telah menghadiahkan kami sebuah kenangan yang akan kami kenang sampai bila-bila,tahun ini ..tahun akhir kami ,doakan kami berjaya dalam semua bidang : )Kepada rakan-rakan Ajk yang terlibat secara langsung dan tidak langsung ,terima kasih atas semuanya ,maafkan mila kalau ada terkasar bahasa sepanjang kita semua bekerjasama..Dann ,mila akan merindui semua ini !!!!!!

Perlantikan Pengawas Sekolah 2011 : )

Pada 1 Aprill 2011 yang lepas ,Smk Puchong Utama (1) telah mengadakan Perlantikan Pengawas Sekolah bagi sesi pagi tahun 2011 .So far ,berjalan dengan hebat .And i got a new experience lahh kan ,memang best !!Then ,ini gambar2 masa perlantikan ,take a look !

Pengetua menyarungkan Blazer untuk Head Prefect .
Bacaan ikrar : )
Ketua pengawas dan Ketua Komander mengiringi
Tuan Pengetua untuk periksa barisan pengawas Seniour .
Bacaan doa : )
Farmasi kawad : )
Perlantikan bagi pengawas baru 2011 : )
Berdebar-debar tauu time nie !
Lepas perlantikan ? photoshoot lahh !
happy family ,haha : )
team Pengawas Sekolah: )

Putri ,eli ,mila ! Cheeseee :D

Aku masih ingat...

Aku kembali teringat ,teringat tatkala kamu menemani petangku dengan gurauan mu .Gurauan yang kadangkala mengusik hatiku untuk marah,namun kamu bijak mengubah perasaan itu menjadi gembira.Aku masih ingat kamu seorang yang paling inginkan kemenangan,menang dalam setiap perbalahan kata.Tidak sekali pun kamu memberi laluan kepada yang lain untuk menang,termasuk aku .Tetapi..setelah aku merajuk diri ,kamu mula memberi isyarat bahawa kamu kalah,saat itu aku dapat merasai bahawa kamu amat memahami aku,kamu seorang kawan yang baik dan sangat berterus terang.Pertama kali kita berkenalan ,aku masih ingat..kamu mengajakku berjalan-jalan di sekitar sekolah untuk menangkap foto-foto peserta jelajah sekolah.Sebelum itu ,aku masih belum mengenali kamu.Tetapi sejak itu ,kita mula menjadi sahabat .bukan sahaja seorang sahabat,tetapi sahabat baik ! ya ,mungkin pada aku ,kamu sahabat baik tetapi bagi kamu ? Aku sendiri tidak tahu dimana akan ku persoalkan soalan itu.Jika kamu masih mengenali aku sebagai sahabatmu,berubahlah demi persahabatan ini.Kerana aku tidak bersedia untuk kehilangan sahabat sepertimu.Lensa kamu ,akan aku jadikan sesuatu yang indah untuk diingati.Aku masih tertanya-tanya,kemana hilangnya kamu.Hilangnya kamu tanpa sebarang alasan .Cuma ingin aku berpesan,berpesan jika kali ini hari terakhir untuk kita menjadi sahabat..Jangan lari dari kenyataan bahawa kamu adalah kamu .Dan jangan terus berhenti mengejar cita-cita kamu,aku yakin kamu akan berjaya suatu hari nanti.Untuk kamu ,aku tidak akan pernah dapat melupakan kenangan kita,meskipun lagi setahun aku akan bergelar seorang dewasa,walaupun kita akan membuat haluan masing-masing,kamu tetap sahabatku .Terima kasih di atas segala-galanya,Andai persahabatan ini tidak dapat diselamatkan,Andai suatu hari nanti kita akan benar menjauhi,Andai bisa kita melupakan persahabatan ini,ingatlah satu perkara..memori yang tercipta tidak akan pernah terhapus dalam diari kehidupanku.Mungkin ,sewaktu kamu mengetahui tulisan ini ,kamu mungkin sedang bergembira dengan teman-teman baharu mu dan waktu itu ,aku akan melihatmu dari jauh dan tersenyum untukmu,sahabat ....

karya Syarmila__Atika
Adaptasi daripada kisah persahabatan seseorang..

Seseorang ..

seseorang yang ingin aku kongsikan hari ini ialah seseorang yang terlalu istimewa untuk aku ,tiada penggantinya,tiada duanya dan tiada siapa yang bisa menjadi sepertinya.Di luar,dia tampak tenang.Di dalam, aku pasti ada seribu keresahan yang tertanggung.Bukan tiada gembira di dalam kamus hidupnya tetapi perasaan itu terlalu hipokrit baginya.Aku senang melihat dia ketawa,mengubati diri yang duka sebenarnya,namun setiap kedukaannya disembunyikan dengan gelak tawa palsu yang hanya aku seorang sahaja yang mengerti.Tiada yang bisa memahami maksud disebalik suara ketawa itu melainkan aku ,hanya seorang aku .Aku ingin melihat dia senang ,namun mungkin tuhan sedang menguji dan dia diuji dengan pelbagai dugaan.Orang kata,berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..apakan daya ,aku cuma seorang aku ..yang tidak mampu mengubah nasib seseorang itu ,apa yang aku mampu lakukan ialah membuat hari-harinya gembira walaupun harinya terselit seribu tangisan.Aku berharap agar suatu hari nanti,aku akan menghadiahkannya sesuatu ,sesuatu yang mungkin tidak dapat dijual beli ,tidak dapat difotokopi,dan tidak dapat dicari ganti .Apakah aku telah mengecewakannya ? Satu persoalan yang cukup susah untukku mencari jawapan disebaliknya.Aku pernah terbaca sebaris ayat ini ,Hidup tak selalunya indah ,tetapi yang indah itu akan terus menjadi sebuah kenangan.Aku mungkin bukan yang terbaik untuk dirinya,tetapi aku mengharapkan sesuatu yang baik untuknya.Seringkali aku mengalirkan air mata kerananya,namun masih adakah matahari untuk dirinya ?masih adakah pelangi untuk dirinya ? Aku bukan seorang penulis..tetapi apa yang aku cuba sampaikan hari ini ialah sesuatu yang normal bagi kehidupan setiap insan di bumi Allah yang terindah ini .Mungkin kalian tertanya-tanya siapa DIA yang aku maksudkan,tetapi biarlah seseorang yang menghiasi coretan ini menjadi rahsia bagiku .Bukan coretanku yang harus dinilai ,tetapi ketabahannya yang harus menjadi contoh .Setelah ini ,izinkan aku menyepi diri .Bukan lari dari kenyataan ..tetapi pergi untuk mencari jalan kebahagiaan untuk dirinya.Andainya seseorang itu ada di sini ,aku berharap agar dia terus menjadi seseorang yang tegar menghadapi hari esoknya.

karya Syarmila__Atika
Adaptasi dari kehidupan seseorang..