Aku masih ingat...

Aku kembali teringat ,teringat tatkala kamu menemani petangku dengan gurauan mu .Gurauan yang kadangkala mengusik hatiku untuk marah,namun kamu bijak mengubah perasaan itu menjadi gembira.Aku masih ingat kamu seorang yang paling inginkan kemenangan,menang dalam setiap perbalahan kata.Tidak sekali pun kamu memberi laluan kepada yang lain untuk menang,termasuk aku .Tetapi..setelah aku merajuk diri ,kamu mula memberi isyarat bahawa kamu kalah,saat itu aku dapat merasai bahawa kamu amat memahami aku,kamu seorang kawan yang baik dan sangat berterus terang.Pertama kali kita berkenalan ,aku masih ingat..kamu mengajakku berjalan-jalan di sekitar sekolah untuk menangkap foto-foto peserta jelajah sekolah.Sebelum itu ,aku masih belum mengenali kamu.Tetapi sejak itu ,kita mula menjadi sahabat .bukan sahaja seorang sahabat,tetapi sahabat baik ! ya ,mungkin pada aku ,kamu sahabat baik tetapi bagi kamu ? Aku sendiri tidak tahu dimana akan ku persoalkan soalan itu.Jika kamu masih mengenali aku sebagai sahabatmu,berubahlah demi persahabatan ini.Kerana aku tidak bersedia untuk kehilangan sahabat sepertimu.Lensa kamu ,akan aku jadikan sesuatu yang indah untuk diingati.Aku masih tertanya-tanya,kemana hilangnya kamu.Hilangnya kamu tanpa sebarang alasan .Cuma ingin aku berpesan,berpesan jika kali ini hari terakhir untuk kita menjadi sahabat..Jangan lari dari kenyataan bahawa kamu adalah kamu .Dan jangan terus berhenti mengejar cita-cita kamu,aku yakin kamu akan berjaya suatu hari nanti.Untuk kamu ,aku tidak akan pernah dapat melupakan kenangan kita,meskipun lagi setahun aku akan bergelar seorang dewasa,walaupun kita akan membuat haluan masing-masing,kamu tetap sahabatku .Terima kasih di atas segala-galanya,Andai persahabatan ini tidak dapat diselamatkan,Andai suatu hari nanti kita akan benar menjauhi,Andai bisa kita melupakan persahabatan ini,ingatlah satu perkara..memori yang tercipta tidak akan pernah terhapus dalam diari kehidupanku.Mungkin ,sewaktu kamu mengetahui tulisan ini ,kamu mungkin sedang bergembira dengan teman-teman baharu mu dan waktu itu ,aku akan melihatmu dari jauh dan tersenyum untukmu,sahabat ....

karya Syarmila__Atika
Adaptasi daripada kisah persahabatan seseorang..

No comments:

Post a Comment