Ramadhanku..kali ini : )

Salam Ramadhan buat semua ! mungkin agak lambat untuk mila buat post ramadhan kali ini ,tapi memadai lah sekadar untuk mengingati kalian semua : )Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna dimana mila harus membahagikan beberapa tugas dan tanggungjawab.Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ke atas_NYA,tugas terhadap Abah dan Mama serta tugas sebagai seorang calon SPM 2011. Ahah, memang banyak sangat dugaan dalam bulan puasa ni..sedar tak sedar kita telah pun berada di minggu terakhir Ramadhan,rasa sedih mula menghampiri diri ,kerana tidak lama lagi Ramadhan akan pergi...Teringat kembali kenangan berpuasa masa zaman kanak-kanak dulu,mila dengan kakak berpakat nak curi minum air. Ya ,memang rancangan tu berjaya..tapi ....Oh OOO...ketahuan lagi !! haha ,sangat kelakar bila diingatkan balik .Dan semua pengalaman tu ,menjadikan mila seorang yang lebih dewasa.Semakin hampir kita dengan hari kemenangan,semakin resah mila dibuatnya ! mana tidaknya,seminggu beraya ? memang tak jadi minggu raya ,tapi minggu update segala notes . Heee .Buka je sekolah ,terus trial SPM.Bergetar jiwa dibuatnya, HAHA.Cuma .. apa yang mila harapkan kali ini ,mila dapat buat yang terbaik untuk exam kali ini ,sokongan daripada insan-insan terdekat amat dihargai <3 Akhir kata ,semoga semua pembaca blog mila akan terus menjalani ibadah puasa dengan baik dan semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.

Salam Sayang,

--Syarmila Atika--

No comments:

Post a Comment