Karya kecil keduaku ... "ABAH"

Haii .Hari ini Mila datang dengan membawa satu cerpen karya Mila yang kedua setelah lama lama lama sangat Mila tak coretkan di tirai blogger ini..HMM.mesti ramai yang tertanya-tanya..sejak bila si Mila nie menulis ? HAHA.sebenarnya dah lama..cuma tak diketengahkan lagi .tapi sekarang,Alhamdulillah..dapatlah berkongsi dengan anda semua..harap penulisan yang tak seberapa ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada semua..cerita yang Mila tulis adalah sekadar untuk berkongsi cerita dan tidak ada kaitan dengan sesiapa.Jadi,yang terindah dari Mila..SELAMAT MEMBACA !

ABAH

Semenjak ibu berhijrah ke alam baqa,abahlah segala-galanya buat diriku.Tempat ku menumpang kasih.Tempatku bermanja.Dalam erti kata lain,abahlah ibu,abahlah bapa.Aku merupakan sebuah permata paling berharga dan aku jualah buah hati pengarang jantungnya.Siti Hanna Binti Dato’ Adam.Itulah diriku.

“Abah,sanggup abah buat Hanna begini? Hanna betul tak sangka yang abah akan melupakan ibu.Lupakah abah bagaimana deritanya ibu dahulu?Abah terlalu mementingkan kerja,darjat dan wang ringgit! Hinggakan abah terlupa aset yang terpenting iaitu ‘ibu’.Tegar benarkah abah ? Hanna kecewa sangat dengan abah!”.Aku meluahkan segala isi hati yang membungkam di dada.Jika dapat digambarkan perasaanku ketika ini,tidak ubah seperti kaca yang telah pecah berderai.

“Hanna,dengar dulu cakap abah.Abah tak bermaksud melupakan ibumu,nak.Yang sepatutnya pergi perlu dilepaskan dengan kepasrahan dan keredhaan,sayangku.Kita yang harus meneruskan kehidupan yang penuh dengan dugaan ilahi ini.Abah terlalu menyayangi ibumu dan begitu juga denganmu,Hanna.Kasih sayang abah terhadap kalian tidak pernah berbelah bagi.Ya,abah pernah melakukan kesilapan dahulu.Mungkin abah terlalu leka dengan hal dunia sehinggakan abah alpa pada permata yang abah agungkan selama ini.Tapi,cubalah fahami diri abahmu ini,sayang.Abah hanya perlukan sedikit rasa simpati daripada Hanna.Begitu kejamkah abah pada Hanna? Tidak adakah jua sekelumit rasa kasih Hanna kepada abah? ,” suara abah yang kedengaran mendayu itu telah mengusik hati kecilku.

Tangan abah mengenggami jemariku yang halus.Renungan matanya yang ikhlas menikam jantungku.Aku mengerti,abah pasti mahukan sebuah kepastian.Tapi,aku tidak mampu menipu diriku sendiri.Hatiku remuk,redam dan hancur luluh dengan keinginan abah.Sebuah pengertian yang abah harapkan tidak wujud sama sekali.

Jauh dari sudut hati untuk menjadi derhaka pada abah.Namun,aku mengakui kebenaran abah.Walaupun begitu hebat pilihan ini,aku harus akur.Pengertian kini terukir dalam sanubariku.Abah hanya insan biasa.Meskipun abah mempunyai gelaran yang tinggi,tetapi Allah tidak pernah membezakan hambanya.Bukankan kita sudah mengetahui,tidak ada seorang manusia pun yang sempurna di bumi ini.Aku akui,abah terlalu lama dahagakan kasih sayang.Jadi,abah juga memerlukan belaian dari seorang insan yang bernama isteri.

Tapi..tidak cukupkan kasih sayang seorang anak yang telah ku berikan selama ini kepadanya ? Tidah kasihkah abah kepadaku ? Bertalu-talu persoalan itu bermain di mindaku.Jawapannya sememangnya ya,benar sama sekali.Kasih sayangku tidak mampu menyelimuti kesunyian abah yang kian meronta.Abah baik.Walaupun suatu ketika dahulu abah pernah melakukan kesilapan,namun untunglah abah diberikan hidayah tatkala ibu sakit tenat.Semasa ibu menderita kanser hati peringkat ketiga,abahlah yang menguruskan segala-galanya buat ibu walaupun kami mempunyai dua orang pembantu rumah.Abah mungkin ingin menghabiskan waktu yang tipis itu untuk bersama dengan wanita yang amat dicintainya itu.Abah tidak pernah lepas menjaga keperluan ibu.Makan,minum dan pakaian ibu sentiasa terurus sehingga mengenepikan segala keperluan dirinya.Yang paling kemuncak kesedihan dan kedukaan abah ialah ketika saat-saat akhir ibu di alam maya ini.Abah terkedu siang dan malam,bagaikan orang sasau dan tidak dapat menerima takdir.Abah menangisi pemergian isteri yang terlalu dicintainya.Namun,demi aku yang ketika itu telah berusia 13 tahun,abah kembali berpijak di bumi yang nyata.Sehingga aku melewati usia remaja,abah rela memegang status ‘single’ semata-mata ingin melindungiku.Kini,apabila abah menyatakan hasrat sucinya…aku langsung membantah,memberontak ! Tatkala itu aku buta hati.Buta mata.Hati abah telah kutusuk duri sembilu.Jiwa abah aku cerai-ceraikan.Kejamkah aku?

Dek kerana keinginan abah itulah,aku telah jauh berubah.Keinginan abah kujadikan tiket untuk melarikan diri dari abah.Kasih sayangku dulu berubah menjadi kebencian terhadap abah.Melepak di kompleks membeli-belah telah menjadi rutinku.Bergaul bebas,mengenal dunia palsu yang begitu ‘indah’ dan akhirnya menjerumuskan aku ke lembah hina,ke jalan yang dimurkai Allah.Anggapan bijakku,aku akan berpuas hati kerana dapat membalas dendan terhadap tindakan abah berkahwin dengan Mak Cik Ain,bekas pramugari syarikat pernebangan Air Asia.Aku langsung tidak yakin akan ketulusan hatinya untuk mengahwini abah,menjadi suri abah dan menggantikan tempat ibu.Tidak ada walau seinci pun kepercayaan untuk dirinya.Aku yakin,perempuan seperti Mak Cik Ain hanya mahukan gelaran ‘datin’ yang sering dianggap hebat oleh kaum wanita yang materialistik sepertinya.Benarkan Mak Cik Ain seperti apa yang ku fikirkan? Hanna,Hanna..Perlukah aku sezalim ini ? Dimana letaknya iman aku sebagai seorang perempuan? Ya.aku sudah tersesat jauh,aku benar-benar hilaf.Aku hanya menzalimi diri sendiri.Seribu penyesalan bersarang di kepalaku.Namun,nasi sudah menjadi bubur.Apa lagi yang harus ku kesalkan? Andai masa boleh diundur…

Kini genaplah tiga tahun aku menjadi penghuni asrama puteri ini.Sebuah sekolah yang ditubuhkan untuk gadis-gadis jahat seperti aku.Aku mengeluh dengan seribu penyesalan.Ini semua adalah akibat daripada tindakan bodoh yang hanya mengikutkan hati dah perasaan ketika marah.Apabila tembok iman semakin telus,inilah jadinya.Semenjak menghuni asrama ini,abah dan Mak Cik Ain menjadi tetamu setiap hujung bulan.Bertanya khabar dan melepaskan rindu.Tidak bencikah abah terhadap anak yang tidak mengenang budi ini ? Ya,kasih dan pengorbanan seorang bapa harus diakui.Hati abah sungguh murni.Aku Cuma terlepas menilai permata yang berharga ini.Jika sebelum ini aku membantah sekera-kerasnya perkahwinan abah,kini aku semakin merelakannya.Aku belajar untuk menerima Mak Cik Ain dengan hati yang terbuka.Tak kenal,maka tak cinta.Kebaikan Mak Cik Ain tidak ku ragui lagi.Kini,ku amati sudah peribadinya.Ternyata Mak Cik Ain seorang yang bersopan-santun dan lemah lembut orangnya.Tak ubah seperti sifat arwah ibu.Segala makan minum abah diuruskannya dengan baik sekali.Kasih sayang yang dicurahkan tidak perlu digusarkan lagi.Dan yang paling bermakna bagiku,abah telah mendapat kebahagiaan dalam dirinya kembali.Dalam kesibukkan mencari erti kasih sayang yang sebenar,aku dihadiahkan abah sepucuk surat.Dari pengirim yang cukup ku kenali.Ibu ! Rupa-rupanya ibu ada meninggalkan surat untuk aku,Siti Hanna.Sukar untuk aku mempercayai semua ini.

Kehadapan anak gadisku,Siti Hanna..

Ibu ingin memohon maaf kerana ibu tidak bisa menemanimu.Ibu harus pergi.Ibu harus pergi selamanya.Ibu berbangga,kerana ibu telah melahirkan zuriat yang jelita seperti Hanna.Ibu bahagia kerana memilikimu,sayang.Ini tanda cinta dan kasih ibu terhadap abahmu.Ibu telah menderita sekian lama.Ibu cuba melawan penyakit ini.Tetapi ibu tidak kuat.Ibu lemah.Tapi demi masa depanmu,ibu tabahkan hati melalui segala dugaan ini.Tatkala ibu jatuh,kamulah sumber kekuatan ibu.Namun,ibu tahu..suaru hari nanti ibu pasti akan meninggalkanmu.Anakku,Siti Hanna..percayalah Hanna,ibu amat menyayangimu.Ingat pesan ibu ini,sayang.Ibu mahu Hanna menjaga harta yang ibu hadiahkan pada Hanna dengan sebaik-baiknya.’Harta’ yang tidak boleh dicari ganti.’Harta’ yang akan melindungi perjalanan hidupmu,’harta’ yang akan terus bersamamu.Di suatu saat nanti,ibu yakin,Hanna akan mengerti.Pada waktu itu,janganlah Hanna sesekali menyalahi takdir kerana segala yang tertulis untuk Hanna,adalah urusan yang Maha Esa.Ibu berharap agar Hanna akan terus menjadi seorang anak yang baik.Sayangku,mungkin dikala Hanna membaca surat ini,Hanna mungkin akan kecewa kerana ibu sudah tiada di dunia ini.Tapi,fahamilah sayang..Hanna akan selalu berada di dalam hati ibu meskipun tubuh jasad ibu sudah kembali ke asal kejadian.Ibu berharap agar roh ibu sentiasa tenang dengan bacaan ayat suci Al-Quran daripada Hanna.Cuma itu yang ibu harapkan.Maafkan ibu,Hanna.Selamat Tinggal sayangku…

Ibumu.

Mataku sudah berkaca-kaca dan akhirnya manik jernih mengalir dipipiku jua.Tatkala ini,aku amat merindui ibu. “Ibu ,maafkan Hanna! Maafkan Hanna kerana tidak menjadi seperti yang ibu harapkan.Hanna berjanji,ibu.Hanna akan berubah.Demi ibu,demi ‘harta’ Hanna ! Kini,aku mengerti ‘harta’ apa yang dimaksudkan ibu.Abah ! Sungguh,aku telah mengabaikan amanat ibuku selama ini.Abah,aku ingin kembali semula bersamamu,bersama keluarga baru kita.Inginku tebus semula kejahatan yang merobek hatimu.Hatiku kian berbunga.Bunga-bunga ini ingin kusemat di dadamu agar menjadi satu taman yang indah buat dirimu.Tapi..bunga-bunga itu terlerai dan bertaburan sebelum sempatku sematkan di dadamu.Abah,kau melangkah pergi sebelum aku sempat mengukir semula saat-saat kegembiraan kita yang musnah.Ya,musnah akibat diri ini ! Oh,abah…jangan tinggalkan Hanna!!Hanna masih perlukan abah !Hanna sayang abah!Hanna minta maaf,abah.Hanna telah banyak melakukan kesilapan.Hanna sering menghiris hati abah.Abah,tolonglah..Jangan pergi!! Namun,segalanya hanya sia-sia.Insan yang telah pergi,tidak akan kembali lagi.Abah..pengorbananmu akan ku sanjung hingga nafas terakhirku.

Tanah itu masih merah.Semerah mataku yang tidak putus-putus menangisi pemergianmu.Air mawar kusirami di pusaramu.Ayat-ayat suci tidak lupa ku hadiahkan buatmu.Doaku semoga rohmu damai di alam yang terasing dari hiruk-pikuk duniawi.Semoga dikau bertemu ibu,abahku…

“Hanna,mari kita balik sayang,” sapa satu suara lembut di sebelahku.Aku menoleh.Air mataku dikesat oleh tangan lembut itu. “Yang pergi harus dilepaskan dengan kepasrahan dan keredhaan.Kita yang hidup haruslah meneruskan kehidupan,” terpancul bait-bait kata dari mulutnya yang suatu masa dahulu abah pernah ungkapkan kepadaku.

“Ibu…,” sepatah kata keramat meluncur keluar dari mulutku.Sebaris senyuman ku berikan kepadanya.Tubuh Mak Cik Ain ku rangkul erat.Abah,kau pasti gembira dengan perubahanku.Setelah 8 tahun abah meninggalkanku,aku kini bergelar seorang graduan.Pemergiaan abah telah banyak memberikan kesan positif terhadap diriku.Kini,aku lebih menghargai waktu,agar aku tidak lagi mengsia-siakan kehidupan yang baru ini.Mak Cik Ain tidak pernah putus memberikan aku semangat untuk teruskan hidup.Aku bertuah kerana masih ada lagi insan yang sudi menyayangi diri ini.Aku mengangkat syukur ke hadrat ilahi kerana aku telah kembali ke jalan yang diredhai-Nya.Tiada kata yang bisa ku ungkapkan lagi,hanya sebaris ayat keramat…

“Hanna sayang…Abah !”

Coretan terindah, MILA EYKA ...

6 comments:

  1. ouh .huuu . aku ada hantar cerpen nie kat majalah sekolah jugak..tak tawulah dapat ke tak.Hm..okay,berapa star ? ahakks : )

    ReplyDelete
  2. salam mila :)
    wah hebat juga mula ni ye.. pd pendpat akak, cerpen mila ni bagus :) cuma tatabahasa dan penggunaan tanda baca perlu diperbaiki.. pembahagian perenggan juga sama untk memudahkan pembacaan... dari segi isi dah ok n menarik :)cume perlu diperkemaskan aje lagi.. anyway good try n gluck :)

    ReplyDelete
  3. ouh ,thank you kak erin ! mila akan perbaiki apa yang kurang..ouh okay,mila akan improve kn lagi tatabahasa mila ... anyway,Thanks so much : )
    love,kak erin :))

    ReplyDelete