Mengenalimu..

Aku sedang mengenali seseorang..mengenali seseorang yang aku sendiri tidak tahu siapakah gerangannya...kerana selama ini ,aku mengenalinya sebagai seseorang yang terlalu istimewa,tapi dimanakah keistimewaan itu ? pada hatinya dan pada matanya.Aku dapat melihat keikhlasan dari matanya dan ukiran kebaikan di hatinya.Dia terlalu baik untuk diriku.Dia yang membuka pintu hati ini untukku mempercayai lelaki semula,tapi dia jualah yang telah menutup serapat-rapatnya hati ini untuk mempercayai lelaki lagi..Entah bila,hati ini akan dibuka lagi..biarlah waktu yang menentukan,Dia bohong aku.Apa yang disinggahkan kepadaku,hanyalah sandiwara..sandiwara seseorang yang bergelar "lelaki"..dan dalam masa kurang dari 6 bulan ,aku amat bahagia .terlalu bahagia.Tapi ...kebahagiaan hanyalah bersifat sementara.Setelah itu ,dia menghadiahkan aku sebuah kesedihan yang amat besar nilainya...

6 September-8 September 2011...
Aku amat merindui wajah itu..senyumannya,gelak tawanya,usikannya dan semua tentang dirinya.Setelah 7 hari yang sangat membahagiakan,namun tiba di hari yang ke 9 ,dia seolah tidak mengenali diriku.Aku sentiasa berada di hadapannya,tapi dia tidak pernah memandang aku dan walau sepatah kata untuk bertanya khabar.Panggilan mula berubah dari hari yang ke 8..tidak ada lagi bahasa klasik aku dan dia.tapi,aku buang jauh semua itu.mungkin dia lupa..itu yang berada dalam fikiranku.3 hari yang sangat mengelirukan aku.Meskipun aku ada tanggungjawab yang lain,tidak pernah sesaat pun untuk aku melupakan dia dari ingatan.Setiap masa hanya dia.Dan selama 3 hari itu aku pulang dengan penuh tanda tanya.....kenapa ? itu sahaja yang mampu ku soalkan...

9 September 2011...
Aku diberitahu oleh dua orang rakan karibku mengenai dirinya..Alangkah sedihnya aku mendengar perkabaran itu.."Dia cakap,kalau dia tak boleh dengan kau,dia ada orang lain" .Ayat yang sampai sekarang bermain di kotak mindaku..Bagai setiap masa kata itu memperdengarkan dirinya padaku.Apakah maksud semua ini ? Coklat yang disangka manis,rupanya pahit.Sangat pahit..dan rupanya selama ini,aku yang hanya bertepuk sebelah tangan,Ah! tak pernah rasa diri sebodoh ini ! Namun,yang pahit itu harus ditelan jua..agar bisa jadi penawar kedukaan yang tak bisa dibendung lagi.Aku sama sekali tidak menyangka..dia hanya meletakkan kepercayaanku di tahap yang paling bawah dan aku....aku seorang gadis yang serba serdahana dan tidak setanding dirinya.Salahkah aku menyayanginya? YA. Salah .Setiap masa bersamanya aku merasa tenang,bagai dilindungi awan biru yang amat mendamaikan namun rasa itu bertukar menjadi saat-saat yang terlalu menyakitkan apabila menyedari..semua itu adalah sebuah mimpi.Mimpi seorang puteri yang terlalu mengharapkan seorang putera yang ikhlas dan baik hati hadir di dalam hidupnya.Dan..ya.cerita dongeng tak seindah realiti dan betapa hipokritnya dia selama ini.Air mata menjadi peneman setia tatkala diri ini mengingatinya..menangis bukan beerti aku lemah,tapi dengan menangis..aku mendapat kekuatan.kekuatan untuk menjalani hari-hari ku seperti biasa...

10 September 2011..
Malamku ditemani air mata lagi,manik jernih yang tak pernah bosan mendermakan dirinya dipipiku.Malam itu sangat tenang..namun disebalik ketenangan itu,terbit rasa rindu dihati.Alangkah indahnya jika saat ini aku menerima kiriman sms darinya..malangnya,semua itu anganan diri ini sahaja.Dia tidak pernah mengingati aku dan kenapa aku perlu jadi lurus untuk masih menunggunya dan mengharapkan sesuatu darinya ? Persoalan yang sangat sukar untukku jawab dan biarlah persoalan ini mati dikala malam akan berakhir dan suria pagi akan menyinar....

11 September 2011..
Aku mendapat sedikit kekuatan..kekuatan yang diberikan daripada sahabat baik sejatiku.Hari ini ,mereka bertandang ke rumahku.Aku merasa sangat gembira.Mereka sangat menceriakan hariku..tapi aku tidak mampu menipu diri ini..dalam gelak tawaku,ada yang tersemat di fikiran..dalam senyum riangku,ada sesuatu yang bermain di minda.Apakah itu ? Jawpanku mudah,DIA....Rupanya..hingga kini aku masih tidak dapat menyingkirkan dia..Hari ini...hari ini juga segala persoalan ku terjawab.Dia akan melepaskan aku pergi...melepaskan aku pergi tanpa memikirkan perasaanku.Dia terlalu pentingkan diri sendiri.Alasan demi alasan diatur.Diri aku .Diri ini yang menyebabkan dia hilang fokus dari segala segi aspek.Rupanya aku bebanan di mata dia.Senantiasa menggangu waktu-waktunya,yang selama ini aku telah isikan dengan kenangan..Aku silap.Dia ingin orang lain memahami dirinya,tapi adakah dia jua memahami aku ? Tidak ! Jika dia memahami aku,dia tidak akan mencalitkan duka di hati ini,tetapi hari ini..dia yang mengkhianati kejujuran aku.Walaupun janji yang dia lafazkan sekali lagi...takkan ada peluang kedua yang akan ku berikan.Maafkan aku atas segalanya.....

Kata terakhirku....
Tidak semua orang akan diberikan peluang kedua,jadi jika kita sudah mempersiakan peluang kedua itu,tidak ada lagi peluang ketiga yang akan muncul..dan mungkin masa itu ..dia akan kehilangan aku buat selama-lamanya.Mungkin kehilangan aku takkan memberi apa-apa makna dalam hidupnya..tapi ,kehilangannya dalam hidup aku,akan membawa segala memori walaupun secarik kertas.Aku tidak akan pernah menyimpan dendam...tetapi aku akan sentiasa membawa kedukaan itu kemana sahaja aku berada agar aku tidak salah menilai permata lagi..pengalaman pahit ini telah menjadikan aku seorang gadis yang lebih matang dan aku hanya akan pandang kehadapan,tiada lagi sketsa indah..yang ada cuma satu misi teragung...'menara gading' .Ya,itu impianku..dan semoga apa yang terjadi akan menjadi pengajaran dalam hidupku.....

Maafkan aku kerana selama ini aku terlalu menyayangimu..Jika itu pilihanmu,aku terima.Terima kasih kerana sepanjang kita berkenalan,kau telah banyak menghadiahkan aku kenangan dan jika suatu hari nanti aku akan melupakan semua itu,bukalah hatimu untuk gadis yang lebih baik dariku..dan jangan pernah menoleh kebelakang lagi kerana di saat itu..aku mungkin akan bahagia tanpa dirimu..Doaku agar kau mengecapi kejayaan dan bahagia selalu...

Dan sesungguhnya aku tidak akan bersedih lagi kerana sekurang-kurangnya 'dia' pernah membahagiakan aku..Terima Kasih ...

Cerita cinta seorang gadis yang tidak ingin dikenali.....

coretanku,MILA EYKA.

6 comments:

  1. sabar lah sayang,,
    ade hikmah sebalik semua ni..
    just be strong okay??
    kitorang semua ada,,

    :)

    ReplyDelete
  2. Yeah i know,korang sentiasa ada disisi saya..saya cuma coretkan cerita cinta gadis itu sahaja......seorang gadis yang sering dipermainkan.dan biarlah di antara kau dan aku yang tawu..kesian die kan ? haha .

    ReplyDelete
  3. kesian gila..
    baling je kasut kat laki tu..

    :)

    ReplyDelete
  4. haha .kau kesian tahap ikhlas ke tak nie ? haha. aku takdelah sampai nak baling kasut iqin,aku kan baik : ) haha !

    ReplyDelete
  5. salam mila, akk dah baca cerpen mila.. quite good :) impressive.. akk rse mila ade bakat utk jadi novelis one day :) dari segi isi dan susunan ayat boleh tahan n bagus.. cuma dari segi tatabahasa agak lemah. penggunaan titik dan koma perlu diperbaiki.. ok, tu aje komen ikhlas akk :) hope tk mennyinggung perasaan mila :) gluck ye :)

    ReplyDelete
  6. ouh..takpe kak erin ,memang banyak lagi kena belajar..thanks sebab bagi tawu apa yang kurang dengan penulisan ni.Hee. Hope so .btw,kak erin kena ingat..kak erin lah idola novelis mila : ) Insya_Allah,mila nak capai cita2 untuk jadi novelis tu..thanks again sebab sudi comment and bagi support,sayang akak !

    ReplyDelete