Kembali :D


Hye Assalamualaikum semua !! Tak dapat digambarkan perasaan rindu saya pada blog dan yang lain-lain . Kenapa menyepi ? haha .Ramai rakan yang bertanyakan pada saya , Hmm . Bagi saya..diam tak beerti hilang dan hilang pula tak beerti sembunyi . Cuma perlukan masa untuk mencari sedikit ketenangan dalam dunia yang sungguh sibuk ni :)

Apa khabar kalian semua ? Dah lama juga saya tak blogwalking. Tapi Blog-blog kalian sentiasa ada dalam ingatan cuma saya tak berkesempatan untuk singgah dan berkomentar . Sangat rindukan teman-teman blogger ! Diharap kalian sihat sihat selalu dan terus berkarya~ 

Tak banyak perkara yang akan saya kongsikan buat masa ini , cuma saya akan cuba update kembali aktiviti aktiviti saya yang sudah lama tertinggal dalam diari :) Sebelum tu saya cuma nak beritahu bahawa saya tidak lagi menggunakan laman web sosial facebook itu . Panjang cerita , benci rasa dgn FB ! Haha . 

Hmm , Masa dah jealous dengan saya tu . So , Sampai kat sini dulu . Jumpa lagi !!! Salam ,Rindu, Sayang untuk yang sentiasa bagi sokongan pada diri saya , Dan tanpa anda saya bukan saya :)

P/s: Pelik ke cara saya buat posting ? Maaf , saya dah dewasa ! HAHAHAHA :D