Jika ditanya padaku....

Jika ditanya padaku,
Apa itu CINTA ?
Maka..aku akan menjawab...
Cinta itu kamu .
Cinta itu kesempurnaan.
Cinta itu keindahan.
Yang kurang akan menjadi sempurna,
Yang suram akan menjadi indah,
Dan kerana kuasa cinta itu ..
Hanya mampu difahami oleh ?
Oleh hati yang tulus MENCINTAI....  

Jika ditanya padaku,
Apa itu RINDU ?
Maka..aku akan menjawab...
Rindu itu kamu.
Rindu itu sesuatu.
Rindu itu anugerah.
Yang dirindu semestinya sesuatu yang istimewa,
Yang merindu mempunyai satu anugerah..
Untuk apa ?
Untuk merasa,saat RINDU itu benar-benar hadir...   

Jika ditanya padaku,
Apa itu CINTA SEJATI ?
Maka..aku akan menjawab...
Cinta sejati itu kamu.
Cinta sejati itu menghargai.
Cinta sejati itu pengorbanan.
Yang harus dihargai itu adalah cinta.
Yang harus berkorban itu adalah sang pencinta.
Kerana apa ?
Kerana cinta sejati itu akan termiliki..
Oleh insan yang mengukir keikhlasan...

Jika ditanya padaku,
Apa itu KESETIAAN ?
Maka..aku akan menjawab...
Kesetiaan itu kamu.
Kesetiaan itu  tidak boleh direncanakan.
kesetiaan itu  tidak melawan kenyataan hati.
Yang setia itu terus bahagia,
Yang mungkir setia ?
Jangan terus melukai ...

Lantas ,pabila ditanya padaku apa itu CINTA,RINDU,CINTA SEJATI dan KESETIAAN ? Aku hanya mampu mencurahkan rasa , mengukir sebaris senyuman ..Menilai apa erti sepatah perkataan yang sangat tinggi maknanya..Dan semoga , insan yang bergelar sang pencinta..Tidak sama sekali,mensia-siakan C-I-N-T-A  : )


By Milanovella < 3  

No comments:

Post a Comment